Pages

Sep 30, 2014

Tugasan Pertama


         Assalamualaikum. sebagai tugasan pertama kami, kami diminta untuk membuat satu blog. kemudian kami diminta untuk memilih dua blog untuk dijadikan sebagai entry pertama di blog kami.  dengan itu kami memilih dua blogger untuk dijadikan sebagai rujukan untuk kami berblogger. blogger yang pertama kami pilih ialah Raisyyah Rania Yeap atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap.





         Apa yang menarik tentang blogger ini ialah tentang kecantikan. So bagi kaum wanita sangat sesuai untuk menjenguk blog Felixia Yeap ni. Banyak produk-produk kecantikan yang terdapat di dalam blog ini. Sebab kami memilih blog ini kerana kami kagum dengan beliau. Beliau yang dilahirkan beragama Buddha tetapi telah memeluk agama Islam pada 3 Julai 2014. Beliau memeluk Islam kerana beliau telah berhijab semasa beragama Buddha dan apabila beliau berhijab beliau merasa diri beliau selamat dan terlindung dari anasir-anasir negative. Jadi kesimpulannya kami kagum dengan perubahan beliau :)





           Blog kedua yang kami pula ialah blog dari blogger famous popular Malaysia iaitu Hanis Zalikha. Hanis ialah seorang selebriti buat masa kini. Karier beliau sebagai artis atau selebriti bermula selepas jumlah carian blog beliau di Google melebihi dari penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Sejak itu Hanis mula dikenali dan terus mengembangkan bakat beliau di dalam industri hiburan tanah air. Beliau suka berkongsi pelbagai tips di blog. Antaranya ialah penjagaan kulit, cara pembelajaran,  pemakanan dan banyak lagi. Untuk selebihnya boleh melawat blog beliau di sini Hanis Zalikha

Sekian ulasan tentang blog Felexia Yeap dan Hanis Zalikha dari kami.. Nantikan entry seterusnya yang lebih menarik dan tertarik. =)

No comments:

Post a Comment